Pembangunan kawasan bersejarah di Merlimau sebagai zon pelancongan / Norhayati Jalil

Jalil, Norhayati (2001) Pembangunan kawasan bersejarah di Merlimau sebagai zon pelancongan / Norhayati Jalil. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian ini disediakan untuk mengenalpasti keistimewaan dan kepentingan monument, bangunan lama dan kawasan bersejarah yang terdapat di kawasan kajian untuk tujuan pemeliharaan dan pengekalan dan secara tidak langsung menjadikan kawasan kajian sebagai kawasan bersejarah bagi negeri Melaka dan seterusnya menjadi salah satu destinasi pelancongan di negeri Melaka. Untuk mencapai matlamat ini, satu kajiselidik yang meliputi pengamatan dan soal selidik telah dilakukan di mana pengamatan dilakukan terhadap monumen, bangunan lama dan kawasan bersejarah. Manakala soal selidik pula dilakukan terhadap pelancong dan agensi-agensi yang terhbat dengan usaha pemeliharaan dan pengekalan monumen, bangunan lama dan kawasan bersejarah yang terdapat di kawasan kajian. Kepentingan monumen lama dan kawasan bersejarah diukur dari sudut kepentingan sejarah dan sejauh mana tahap pemeliharaan dilakukan terhadap aset-aset berharga ini. Manakala bagi bangunan lama pula, ia diukur dari aspek usia, kepentingan senibina, nilai tarikan terhadap bangunan tersebut serta usaha-usaha pemeliharaan yang dilakukan terhadap bangunan-bangunan lama ini. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti sejauh mana elemen-elemen bersejarah di kawasan ini dieksploitasikan sebagai satu warisan yang harus dipelihara dan dikekalkan serta mengenalpasti kemampuan elemen-elemen tersebut untuk menarik kedatangan pelancong. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk mengenalpasti fungsi setiap monumen, bangunan lama dan kawasan bersejarah pada masa dahulu hinggalah kini. Peninggalan warisan sejarah yan terdapat di kawasan kajian mempunyai potensi yang besar untuk dijadikan salah satu daripada sumber pelancongan di negara ini, tetapi malangnya tiada pihak yang berusaha untuk untuk memajukan kawasan ini.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jalil, Norhayati
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Hussain Sazally, Salehaton
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel and the state. Tourism
N Fine Arts > NA Architecture > Historic buildings
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah
Keywords: Monumen, bangunan lama, warisan sejarah
Date: 2001
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70796
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 70796.pdf] Text
70796.pdf

Download (7MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

70796

Indexing

Statistic

Statistic details