Mengkaji sejauh manakah permainan komputer membantu perkembangan minda kanak-kanak / Maslina Masud

Masud, Maslina (1999) Mengkaji sejauh manakah permainan komputer membantu perkembangan minda kanak-kanak / Maslina Masud. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Abstract

Komputer adalah sejenis peranti (device) pengiraan yang boleh menerima data-data di samping menjalankan siri-siri operasi aritmetik dan logik ke atas data-data tersebut serta mengeluarkan hasil operasi sebagai maklumat-maklumat yang berguna kepada penggunanya. Komputer berupaya menyimpan dan memanggil semula maklumat-maklumat yang banyak yang terdiri daripada nombor, huruf, perkataan, formula, tanda bacaan serta tanda matematik. Penggunaan komputer meliputi sektor pendidikan, perniagaan, perubatan, ekonomi, perdagangan dan lain-lain. Permainan komputer pula merupakan satu permainan yang berbantukan komputer. Ianya terhasil daripada perisian tindakan-bersaling. Perisian tindakan-bersaling ini telah mengakibatkan pertumbuhan industri baru iaitu telah memberikan sumbangan yang besar kepada perkembangan penggunaan grafik komputer serta dialog di antara manusia dengan komputer. Permainan komputer menggabungkan elemen-elemen seperti pengaturcaraan, kejuruteraan bunyi, grafik berkumpulan, pengurusan pengkalan data dan pengawalan perkakasan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 70754.pdf]
Text
70754.pdf
Download (486kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics