Abstract
Kajian Kesesuaian Perletakan Stesen Bas di Pusat Bandar ini adalah merupakan satu kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesesuaian perletakan stesen bas Klang di pusat bandar Klang. Secara amnya, isu permasalahan perletakan stesen bas telah sering kali berlegar di media cetak. Keadaan ini disebabkan oleh permasalahan yang timbul hasil dari perletakannya di satu sudut dalam kawasan bandar. Ini kerana perletakannya bukan sahaja menimbulkan permasalahan dari aspek pencemaran malah juga kepada pengaliran lalulintas. Keadaan bas yang mempunyai saiz yang lebih besar berbanding kenderaan biasa menyebabkan ianya sering menyebabkan kesesakan lalulintas. Selain daripada itu juga, kajian ini turut mengupas permasalahan yang timbul di stesen bas Klang ini daripada penyediaan kemudahannya. Ini kerana, perancangan sebuah stesen bas itu juga dilihat sebagai satu kemudahan yang perlu disediakan bagi keperluan orang awam. Fenomena ini juga dilihat sering wujud terutama di kawasan bandar yang semakin membangun di mana perancangan perletakan dan aliran lalulintas memainkan peranan yang sangat penting terhadap isu ini. Begi mendapatkan respon daripada para pengguna yang menggunakan stesen bas ini, pelbagai kaedah digunakan mengikut kepada peringkat-peringkat yang telah diatur. Dalam kajian ini, kaedah pengamatan dan soal selidik adalah dua elemen penting yang membantu bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang permasalahan di kawasan kajian. Berpandukan kepada perjalanan kajian ini memperlihatkan isu utama yang banyak dikemukakan oleh pengguna adalah bersangkutan dengan penyediaan dan perancangan kemudahan-kemudahan di stesen bas ini dimana telah wujud banyak kelemahan dan kekurangan terhadapnya. Selain dari itu juga, isu berkenaan simpang yang bermasalah akibat dari aliran masuk bas di kawasan sekitar stesen bas ini juga turut memberikan kesan negatif terhadap perspektif pandangan pengguna. Secara amnya, permasalahan yang wujud adalah lebih banyak berkait dengan masalah kemudahan. Ini kerana, berdasarkan kajian dan ditambah dengan pendangan yang dikeluarkan oleh pengguna stesen bas itu sendiri menyatakan bahawa perletakan setsen bas Klang ini adalah bersesuaian dengan jarak-jarak ke kawasan sekitarnya kerana perletakannya di pusat bandar yang kaya dengan kepelbagaian aktiviti. Walaubagaimanapun, kejayaan stesen bas ini tidak berupaya untuk dicapai sepenuhnya disebabkan oleh aspek kemudahan yang kurang memuaskan dan tidak berupaya memainkan peranan dengan sepenuhnya.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hazani, Elly Marina UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Ismail, Hanafi UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HE Transportation and Communications |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah |
Keywords: | Pengangkutan awam, perletakan stesen bas, masalah kemudahan |
Date: | 2000 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70711 |
Download
70711.pdf
Download (190kB)