Abstract
Sebagaimana yang dapat di lihat pada tajuk tesis ini, tumpuan kajian adalah berhubung dengan penonjolan budaya masyarakat Nyonya-Baba dan kaitannya dengan pakaian yang di pakai pada masa-masa yang tertentu. Sejarah awal kedatangan orang-orang Cina dan seterusnya pembentukan dan assimilasi Cina Peranakan akan dapat menerangkan lebih lanjut akan perhubungan pakaian dan kebudayaan mereka. Di dalam Bab 1, menjelaskan tentang latarbelakang sejarah kemunculan orang-orang Cina Kelahiran Tempatan berdasarkan kepada pendapat beberapa orang ahli sejarahwan di dalam buku-buku atau kenyataan mereka contohnya Victor Purcell, N. B. Dennys dan lain-lain lagi. Di sini, dapat di lihat bermacam-macam tafsiran ataupun anggapan akan bagaimana kemunculan orang-orang Cina yang terawal di Asia Tenggara. Dan adakah telahan-telahan ini dapat di terima oleh masyarakat masa kini atau tidak, terpulanglah kepada individu sendiri mentafsirkannya sendiri. Walaubagaimanapun, dengan bukti-bukti yang didapati, bolehlah dipercayai bahawa memang telah terdapatnya orang-orang Cina pada zaman Kesultanan Melaka, dan timbulnya dua kaum Cina; Cina Peranakan dan Cina Jati.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ujang @ Baharin, Salmimah 85703029 |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Art and Design |
Programme: | Diploma Seni Lukis Dan Seni Reka |
Keywords: | Masyarakat Nyonya-Baba, Cina Peranakan, perhubungan pakaian dan kebudayaan |
Date: | 1989 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70675 |
Download
![[thumbnail of 70675.pdf]](https://ir.uitm.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
70675.pdf
Download (186kB)
Digital Copy
Physical Copy

ID Number
70675
Indexing

