Abstract
Kebakaran bangunan rumah kedai lama dari apa yang dapat diketahui melalui media masa biasanya melibatkan kehilangan nyawa dan harta benda yang tinggi. Kebakaran yang berlaku biasanya melibatkan lebih dari sebuah rumah kedai. Timbul pula persoalan adakah bangunan rumah kedai lama ini selamat untuk didiami dari segi kebakaran. Bangunan rumah kedai lama adalah bangunan yang dibina sebelum perang atau semasa perang atau beberapa tahun selepas tamat perang dunia kedua. Bangunan ini telah dibina mengikut undang-undang yang terdapat pada masa tersebut yang tidak menitik beratkan keselamatan dari segi kebakaran. Bangunan juga dibina menggunakan bahan binaan dan teknologi yang kurang dari segi keselamatan kebakaran berbanding bangunan sekarang. Walaupun terdapat undang-undang dan pihak berkuasa yang mengawal dari segi keselamatan kebakaran bangunan sekarang. Undang-undang sedia ada kebanyakannya melibatkan bangunan baru di mana undang-undang berkaitan keselamatan bangunan lama tidak mencukupi.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Dahalan, Shamuel 93689295 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd. Noordin, Noorhashimah UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Protection of buildings. Including protection from dampness, fire, burglary |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma Lanjutan Ukur Bangunan |
Keywords: | Kebakaran, keselamatan bangunan, alatan pemadam api |
Date: | 1995 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70672 |
Download
70672.pdf
Download (213kB)