Abstract
Kajian ini di buat adalah untuk mengupas lagu-lagu yang pernah dicipta oleh Ahmad Nawab sepanjang empat dekad penulisan menganalisa secara menyeluruh berkenaan lagu-lagu ciptaan beliau dan sambutan lagu-lagu ciptaan beliau oleh peminat muzik tanahair. Penulis juga akan mengkaji beberapa aspek yang mempengaruhi kepopularan lagu-lagu ciptaan beliau. Bab I Dalam bab yang pertama ini penulis akan membuat satu pendekatan terhadap tajuk yang penulis pilih untuk dibuat kajian. Penulis akan mengenal pasti beberapa kerumitan di dalam menyempurnakan kajian selidik ini. Tumpuan terhadap tempat kajian dijalankan dan skop penyelidikan akan penulis bentangkan. Bab II Dalam bab ini penulis akan menerangkan tentang latar belakang Ahmad Nawab dan penulis akan membuat satu pengkhususan terhadap lagu-lagu ciptaan beliau. Penulis juga akan menyertakan senarai-senarai lagu yang dapat dikumpulkan oleh penulis dari tahun '50 an hinggalah ke tahun '80 an. Bab III Bab ini merupakan bab yang terpenting sekali kerana di dalam bab inilah penulis akan menghuraikan penganalisaan penulis terhadap lagu-lagu ciptaan Ahmad Nawab. Penulis telah menyenaraikan beberapa faktor untuk dihuraikan.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Ali, Martias 86654218 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor -, Hamdan UNSPECIFIED |
Subjects: | M Music and Books on Music > MT Musical instruction and study > Analysis and appreciation of music |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Art and Design |
Programme: | Diploma Seni Lukis Dan Seni Reka |
Keywords: | Penciptaan lagu, Ahmad Nawab, empat dekad, bidang muzik |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70663 |
Download
70663.pdf
Download (163kB)