Abstract
Secara amnya tesis ini mempunyai objektifnya tersendiri diantaranya ialah ingin mengkaji dan memahami sesebuah organisasi peruncitan yang kecil mahupun yang besar. Selain itu turut mengkaji peranan dan kepentingan sesebuah organisasi dan juga orang perseorangan di dalam institusi peruncitan yang terdapat di sekitar kawasan skop kajian. Kaji selidik ini menggunakan pelbagai kaedah seperti borang kaji selidik, temubual, penyelidikan di perpustakaan dan keratan akbar. Antara isi- isi penting di dalam bab 1 ini ialah mengenai sejarah dan pengenalan institusi peruncitan fesyen di luar negara dan tempatan. Pengenalan peruncitan turut diterangkan di dalam tesis ini termasuk peruncitan besar- besaran mahupun kecil- kecilan. Bab 2, penerangan mengenai peruncitan kecil- kecilan dan besar- besaran dengan lebih terperinci. Di antaranya ialah jenis- jenis peruncitan, organisasi dan bagaimana cara pengurusannya. Bab 3 pula, adalah isi utama kajian ini di mana ia menjelaskan beberapa peranan dan kepentingan oleh setiap pihak di dalam institusi peruncitan. lni termasuk pengenalan dan peranan mereka iaitu pengeluar, pemborong, pereka, terhadap ekonomi, pengguna dan masyarakat. Bab 4 penerangan yang lebih terperinci mengenai persekitaran fesyen dan mengetengahkan elemen utama di dalam peruncitan iaitu pengguna atau pelanggan. Di dalam bab ini banyak diterangkan mengenai apa sahaja perkara yang berkaitan dengan pengguna serta pemasaran peruncitan fesyen.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Md. Ishak, Siti Rahmah 98116757 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Syed Sahil, Sharifah Alwiah UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Art and Design |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen |
Keywords: | rganisasi peruncitan, peruncitan fesyen, luar negara dan tempatan |
Date: | 2001 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70649 |
Download
70649.pdf
Download (116kB)