Kajian kesesuaian perletakan Pasar Awam Seksyen 6, Shah Alam, Selangor / Rabeah Shaikh Mohamed

Shaikh Mohamed, Rabeah (2001) Kajian kesesuaian perletakan Pasar Awam Seksyen 6, Shah Alam, Selangor / Rabeah Shaikh Mohamed. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Penyediaan laporan kajian ilmiah bertajuk: Kajian Kesesuaian Perletakan Pasar Awam Seksyen 6, Shah Alam ini adalah untuk mengkaji peranan, keupayaan dan kesesuaian perletakan pasar awam dalam memenuhi keperluan pengguna seterusnya mengemukakan cadangan bagi pembangunan pada masa hadapan. Aspek-aspek yang dikaji melibatkan aspek fizikal pasar, peniaga, pengunjung dan juga penduduk kawasan tadahan. Aspek-aspek ini telah dikenalpasti hasil daripada kajiselidik yang telah dijalankan dan ianya perlu untuk menguatkan lagi struk:tur kajian ilmiah ini. Terdapat tiga jenis kaji selidik utama dalam Kajian Kesesuaian Perletakan Pasar Awam Seksyen 6, Shah Alam ini iaitu pengamatan, temubual dan soal selidik. Kajian fizikal di lapangan meliputi mengenai lokasi, pengurusan, keadaan persekitaran, ruang-ruang niaga dan kemudahan yang sedia ada di Pasar Awam Seksyen 6. Temubual juga telah diadakan dengan pihak yang terbabit dengan pengurusan pasar iaitu Pihak Jabatan Penilaian, Majlis Bandaraya Shah Alam. Soal selidik telah dijalankan keatas tiga jenis responden iaitu peniaga, pengunjung dan penduduk sekitar. Setelah kajian dijalankan, beberapa penemuan berkenaan dengan isu, penduduk, pengguna dan peniaga telah dikenalpasti. Masalah berkenaan suasana dalaman, kekurangan kemudahan dan infrastruktur, pengurusan dan persepsi masyarakat terhadap imej dan kemampuan pasar itu sendiri merupakan antara penemuan masalah yang timbul hasil daripada kajian ini.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Shaikh Mohamed, Rabeah
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Wan Ibrahim, Wan Salleh
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > Markets. Fairs
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah
Keywords: Pasar awam, cadangan pembangunan, kemudahan dan infrastruktur
Date: 2001
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70648
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 70648.pdf] Text
70648.pdf

Download (678kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

70648

Indexing

Statistic

Statistic details