Abstract
Penyediaan laporan kajian ilmiah bertajuk: Kajian Kesesuaian Perletakan Pasar Awam Seksyen 6, Shah Alam ini adalah untuk mengkaji peranan, keupayaan dan kesesuaian perletakan pasar awam dalam memenuhi keperluan pengguna seterusnya mengemukakan cadangan bagi pembangunan pada masa hadapan. Aspek-aspek yang dikaji melibatkan aspek fizikal pasar, peniaga, pengunjung dan juga penduduk kawasan tadahan. Aspek-aspek ini telah dikenalpasti hasil daripada kajiselidik yang telah dijalankan dan ianya perlu untuk menguatkan lagi struk:tur kajian ilmiah ini. Terdapat tiga jenis kaji selidik utama dalam Kajian Kesesuaian Perletakan Pasar Awam Seksyen 6, Shah Alam ini iaitu pengamatan, temubual dan soal selidik. Kajian fizikal di lapangan meliputi mengenai lokasi, pengurusan, keadaan persekitaran, ruang-ruang niaga dan kemudahan yang sedia ada di Pasar Awam Seksyen 6. Temubual juga telah diadakan dengan pihak yang terbabit dengan pengurusan pasar iaitu Pihak Jabatan Penilaian, Majlis Bandaraya Shah Alam. Soal selidik telah dijalankan keatas tiga jenis responden iaitu peniaga, pengunjung dan penduduk sekitar. Setelah kajian dijalankan, beberapa penemuan berkenaan dengan isu, penduduk, pengguna dan peniaga telah dikenalpasti. Masalah berkenaan suasana dalaman, kekurangan kemudahan dan infrastruktur, pengurusan dan persepsi masyarakat terhadap imej dan kemampuan pasar itu sendiri merupakan antara penemuan masalah yang timbul hasil daripada kajian ini.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Shaikh Mohamed, Rabeah UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Wan Ibrahim, Wan Salleh UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Markets. Fairs |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah |
Keywords: | Pasar awam, cadangan pembangunan, kemudahan dan infrastruktur |
Date: | 2001 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70648 |
Download
![[thumbnail of 70648.pdf]](https://ir.uitm.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
70648.pdf
Download (678kB)
Digital Copy
Physical Copy

ID Number
70648
Indexing

