Abstract
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan adat resam orang Melayu adalah tiruan dari adat resam agama Buddha dan Hindu. Agama-agama ini adalah agama yang terawal mempengaruhi penduduk Gugusan Kepulauan Melayu suatu ketika dahulu. Adat-adat ini masih lagi diamalkan oleh sebahagian masyarakat Melayu masa kini walaupun penyerapan nilai-nilai islam sejak kebelakangan ini telah banyak menghilangkan sebahagian kecil ciri-cirinya. Kita juga telah sedia memaklumi bahawa orang-orang Melayu terkenal dengan budi-bahasa dan adab-sopan yang terpuji. Bahasa yang halus dan khas digunakan untuk menunjukkan rasa hormat dan tertib, bukan sahaja kepada bangsa Melayu tetapi yang bukan Melayu jua. Walau bagaimanapun, dengan adanya desakan pengaruh Barat, adat kita (yang merangkumi semua aspek seperti cara-cara berpakaian, tatatertib kesusilaan, tuturkata, bahasa dan sebagainya) telah terancam dan kita wajib memperbaikinya agar jangan melarat.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hamzah, Halimaton Baayah UNSPECIFIED |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Costume. Dress. Fashion |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Art and Design |
Programme: | Diploma Seni Lukis dan Seni Reka |
Keywords: | Pakaian istiadat, adat resam tradisi, pertabalan rasmi, Perak, Kedah |
Date: | 1988 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70639 |
Download
70639.pdf
Download (187kB)