Pereka logam halus sebagai satu kerjaya / Siti Hasniza Husain

Husain, Siti Hasniza (2001) Pereka logam halus sebagai satu kerjaya / Siti Hasniza Husain. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Pereka boleh didefinasikan seseorang individu yang menghasilkan ciptaan melalui pemikirannya. Mereka telah membuahkan sesuatu perkara yang tidak pernah dikeluarkan oleh orang lain dengan tujuan memudahkan pengguna dalam melaksanakan kegiatan seharian. Malaysia mempunyai lebih kurang 20000 orang pereka dimana ianya merangkumi beberapa cabang kerjaya sebagai seorang pereka seperti pereka barangan logam, pereka program komputer, pereka fesyen pakaian, dan sebagainya. Biasanya seorang pereka lebih bergerak pantas kehadapan terlebih dahulu daripada pengguna dari segi penghasilan sesuatu 'trend' ataupun perubahan fesyen. Dengan kata lain pereka merupakan orang yang utama membawa segala pembaharuan. Sesungguhnya mereka memainkan peranan yang penting dalam membantu membangunkan industri negara supaya terus maju dan meningkat dari masa ke semasa. Penulisan tesis ini lebih menekankan kepada kerjaya sebagai seorang pereka logam halus. Pereka logam halus ialah orang yang bertanggungjawab menghasilkan rekaan yang berkaitan dengan produk berasaskan logam terutamanya pereka yang membuat rekaan untuk barang kemas dan 'wares'. Tanpa disedari negara kita mempunyai beberapa orang pereka logam halus yang telah berjaya dalam bidang kerjayanya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 70590.pdf]
Text
70590.pdf
Download (2MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics