Rekacorak pada permukaan barangan logam perak Melayu / Muhamad Muhar Suhaimi

Suhaimi, Muhamad Muhar (1999) Rekacorak pada permukaan barangan logam perak Melayu / Muhamad Muhar Suhaimi. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Di dalam membicarakan tajuk tesis ini, ianya dapat memahami lagi tentang penjelasan yang berkaitan dengan sesuatu penggunaan rekacorak terhadap barangan logam khususnya barangan Iogam perak. Sesuatu rekacorak yang menghiasi setiap perhiasan permukaan barangan perak mempunyai kepentingan dan keunikan yang tersendiri. Ini kerana, sesuatu yang berkaitan dengan rekacorak telah dapat memaparkan kebudayaan masyarakat itu sendiri dalam mewujudkan warisan masyarakat Melayu. Di dalam tajuk tesis ini juga diperjelaskan tentang pengertian rekacorak itu sendiri dan kepentingan terhadap beberapa elemen lain. Rekacorak bukanlah dibuat berdasarkan hanya bersendirian sahaja, tetapi juga ianya juga mempunyai kepentingan yang tertentu terhadap semua faktor-faktor lain. Misalnya, perkaitan rekacorak dengan motif adalah amat jelas di dalam mewujudkan dekorasi yang menarik sebagaimana yang dapat dilihat pada gambar-gambar yang telah dipaparkan pada tesis ini. Unsur-unsur motif adalah amat kuat supaya penggunaannya pada rekacorak dapat mendatangkan idea-idea dekorasi yang berbagai-bagai rupa dan jenis. Secara ringkasnya, penggunaan rekacorak adalah begitu penting di dalam semua aspek yang berkaitan. Selain dapat memaparkan tentang kecantikannya, kita juga dapat menilai bagaimana indah dan halusnya seni pembuatan tangan masyarakat Melayu. Pereka atau petukang-petukang yang menghasilkan rekaan corak seperti seni kraftangan barangan perak, adalah amat mahir dan cekap di dalam menghasilkan teknik-teknik dekorasi yang menarik.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 70587.pdf]
Text
70587.pdf
Download (298kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics