Ubin seramik: sejarah, pengeluaran, rekabentuk dan penggunaannya / Norein Ismail

Ismail, Norein (1994) Ubin seramik: sejarah, pengeluaran, rekabentuk dan penggunaannya / Norein Ismail. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

'Knowledge of ways to utilise clay has increased with time.Today, clay is used to form parts of rockets which travels outer space’. Petikan kata - kata ini diambil dari buku yang bertajuk 'Making Pottery Without Wheels' yang ditulis oleh F. Calrton dan Janice, 1965, diterbitkan di New York. Dari kata - kata ahli seramik Van Rostrand di atas, dapat membuktikan kepada kita akan kepentingan tanah liat di dalam perkembangan sains dan teknologi, khasnya di dalam peningkatan perindustrian pengeluaran ubin. Tanah liat bukan sahaja digunakan untuk membuat barang-barang harian dan barang-barang perhiasan, bahkan ia adalah salah satu bahan yang penting di dalam pembuatan roket, muncung kapal terbang dan jam tangan, namun masih ramai lagi masyarakat yang tidak sedar akan hakikat ini. Hari ini, ubin yang bersifat utilitirian mahupun non-utilitirian, dianggap istimewa kerana nilai - nilai keindahannya.Keindahan dapat dinilai menerusi ciri - ciri formal seperti reka bentuk dan reka corak di samping kepelbagaian bahan kajian serta motifnya. Ketinggian teknik, kaedah pembuatan yang halus lagi canggih perlu diambil kira dalam mengapresiasi ubin seremik yang dianggap istimewa itu. Di Malaysia, kerajaan menggalakkan sektor perindustrian, terutamanya perindustrian pembuatan melalui tahap - tahap tertentu mengikut kemampuan teknologi, kemahiran tempatan, keadaan pasaran luar dan dalam negeri serta kedudukan kuasa beli. Jika perindustrian ubin di negara ini ingin maju, industri ini mesti dibangunkan melalui berbagai strategi dan sumber, kerana mengikut sejarah, itulah aliran yang dilalui oleh negara - negara maju hari ini.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ismail, Norein
90114110
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Kamsah, Kamaruddin
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > Clay industries. Ceramics. Glass
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Art and Design
Programme: Diploma Seni Reka Seramik
Keywords: Tanah liat, industri seramik, reka corak
Date: 1994
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70573
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 70573.pdf] Text
70573.pdf

Download (656kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

70573

Indexing

Statistic

Statistic details