Nobat Kedah / Ahmad Shabri Mahmud

Mahmud, Ahmad Shabri (1993) Nobat Kedah / Ahmad Shabri Mahmud. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Negeri Kedah merupakan sebuah negeri yang terletak di utara Semenanjung Malaysia dan ia dikenali sebagai Jelapang Padi Malaysia. Sawah padinya yang luas adalah bermula dari dataran kaki Gunung Jerai hinggalah ke negeri Perlis. Kedah yang asalnya merangkumi Perlis, Pulau Pinang dan Seberang Perai mempunyai sejarah yang menarik. Ia adalah sebuah kerajaan Melayu tertua. Malah Kedah sudah ujud sebelum adanya Melaka. Banyak metes dan lagenda yang memperkatakan tentang pembukaan negeri Kedah ini. Ada yang mengatakan kononnya Kedah dibuka oleh Putera Merong Mahawangsa yang mengiringi Putera Rom untuk berkahwin dengan Puteri China. Burung Garuda telah menyerang kapal mereka semasa diperjalanan bertujuan untuk menggagalkan perkahwinan itu . Dari serangan itu kapal pun karam. Maka Putera Merong Mahawangsa hanyut dan terdampar di pantai. Dari situlah baginda membuka negeri Kedah. Agama hindu merupakan agama yang pertama memasuki negeri Kedah. Ini dikenalpasti adalah melalui bukti yang nyata dimana terdapatnya runtuhan candi hindu yang besar di kampung Batu Pahat di kaki Gunung Jerai Merbok.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 70570.pdf]
Text
70570.pdf
Download (273kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics