Abstract
Air adalah salah-satu keperluan asasi kita untuk hidup selain dari udara dan makanan. Manusia tidak dapat hidup tanpanya dan pasti mengalami gangguan kesihatan tanpa bekalan air yang secukupnya. Bagaimanapun dalam memilih jenis minuman, terdapat berbagai pilihan minuman yang sedia terbungkus dan boleh diminum bila-bila masa sahaja. Permintaan terhadap minuman ririgan adalah paling ketara sekali berbanding terhadap lain-lain minuman. Di negara kita, industri minuman ringan dan yang berkaitan dengannya telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi. Berbagai jenis rasa minuman ringan samada berkarbonat atau tidak dalam berbagai jenis bungkusan boleh didapati di seluruh negara. Sebelum kita membicarakan dengan lebih lanjut mengenai topik ini, adalah lebih baik kita mencari beberapa definisi perkataan-perkataan yang penting untuk topik ini. "Label" didefinisi sebagai kertas atau lain-lain bahan yang bakal dilekatkan kepada bekas atau benda dimana maklumat barangan atau maklumat penghantaran kapal tercetak di atasnya. Cetakan maklumat barangan terus ke atas bekas atau benda seperti pada beg, karung, botol dan barangan kaca juga kadangkala dirujuk sebagai label.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Kadir, Razali 86117040 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Zain, Ahmad Khairi UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Commercial art. Advertising art > Special topics, A-Z > Labels |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Art and Design |
Programme: | Diploma in Art & Design (Graphic) |
Keywords: | Minuman ringan, rekabentuk label, pasaran |
Date: | 1989 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70566 |
Download
70566.pdf
Download (170kB)