Kajian terhadap keperluan surau di dalam kompleks perniagaan di Kuala Lumpur / Zuliani Tamin

Tamin, Zuliani (1998) Kajian terhadap keperluan surau di dalam kompleks perniagaan di Kuala Lumpur / Zuliani Tamin. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Penyediaan surau di dalam kompleks perniagaan merupakan salah satu daripada kemudahan utama yang di dalam memenuhi kehendak pengguna. Penyediaannya dalam bentuk dan keadaan yang sempurna haruslah dibuat kerana ianya melibatkan kepenggunaan oleh orang ramai. Masalah pengabaian terhadap surau-surau yang dibina di dalam kompleks perniagaan ini sering berlaku kerana tiadanya penguatkuasaan terhadap pihak-pihak yang berkenaan supaya menjaga imej surau sesuai dengan statusnya sebagai tempat beribadat. Masalah pengabaian berlaku dalam pelbagai bentuk seperti lokasi, keluasan, kemudahan dan kebersihan yang tidak memuaskan. Melalui kajian ini penekanan akan diberikan kepada aspek penyediaan dan penyelenggaraan surau oleh pihak-pihak pengurusan garis panduan dan masalah-masalah utama di dalam surau-surau di kompleks. Setelah menjalankan analisis, penemuan isu dan masalah akan dirumuskan untuk membentuk strategi dan cadangan untuk pihak pengurusan kompleks dan pihak berkuasa tempatan dalam menyelesaikan segala masalah yang timbul. Adalah diharapkan dengan kajian ini akan dapat mengenalpasti punca berlakunya masalah ini sekaligus memberikan cadangan yang bersesuaian di dalam menyelesaikannya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 70524.pdf]
Text
70524.pdf
Download (80kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics