Abstract
Sejak penularan COVID-19 berlaku di seluruh dunia pada penghujung tahun 2019, ia telah meninggalkan impak yang besar kepada pelbagai sektor. Contohnya, premis perniagaan terpaksa ditutup, pembelajaran dilakukan secara atas talian, aktiviti pelancongan dalam dan luar negara disekat, sehinggalah kepada penangguhan penganjuran aktiviti sukan dan hiburan. Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang sepatutnya berlangsung dari 24 Julai 2020 hingga 9 Ogos 2020 juga terpaksa ditunda setahun selepas itu. Ternyata, semua pihak tertekan dan mereka bermain dengan pelbagai emosi, termasuk para atlet yang bertanding. Hakikatnya, ramai pihak tidak memberi penekanan terhadap isu kesihatan mental para atlet kerana mereka lebih menekankan aspek kesihatan fizikal untuk kekal cergas di atas gelanggang.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ibrahim, Mohd Syahril UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Sports > Relation to psychology. Sports psychology P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | JUU LEX READ |
ISSN: | 2811-3462 |
Keywords: | Kesihatan mental, atlet, COVID-19 |
Date: | November 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70506 |