Abstract
Ramai yang bertanggapan bahawa pernikahan sindiket adalah merupakan jalan keluar bagi pasangan yang mempunyai masalah di dalam membina mahligai perkahwinan. Bagi pendefinisian nikah sindiket, istilah “nikah sindiket” ini tidak mempunyai sebarang peruntukan undang-undang yang khusus kerana istilah ini digunakan oleh masyarakat bagi merujuk kepada pernikahan yang dilaksanakan dengan pengabaian prosedur operasi standard (SOP) perkahwinan yang ditetapkan. Menurut Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), pembongkaran kadar kegiatan nikah tanpa kebenaran terus mengejutkan dimana ia membabitkan jumlah pasangan melebihi 100, walaupun negara berhadapan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Azmi, Amylia Fuziana UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > The family. Marriage. Home > The state and marriage H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > The family. Marriage. Home P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | JUU LEX READ |
ISSN: | 2811-3462 |
Keywords: | nikah sindiket, penyelesaian, penyesalan |
Date: | November 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70505 |