Abstract
Rakyat Malaysia masih memandang perancangan harta pusaka sebagai perkara yang remeh. Hal ini dapat dilihat di dada-dada akhbar yang telah banyak melaporkan mengenai isu harta pusaka yang tidak ditadbir dengan baik. Contohnya, pada tahun 2006, dianggarkan satu juta tuntutan warisan bernilai kira-kira RM38 bilion masih dibekukan. Jumlah ini terus bertambah dan pada tahun 2022 dianggarkan terdapat hampir RM90 bilion jumlah harta pusaka beku yang tidak dituntut di negara ini. Perkara ini cukup membimbangkan kerana 90 peratus daripadanya adalah milik bangsa Melayu Apa itu harta pusaka beku? Harta pusaka beku ialah harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati tetapi tidak diuruskan pembahagiannya dalam kalangan ahli waris. Harta berkenaan telah terbiar dan tidak dapat diuruskan dengan sempurna oleh ahii waris yang berhak.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Malek, Nabila Ayuni UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals H Social Sciences > HG Finance > Personal finance. Financial literacy P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | JUU LEX READ |
ISSN: | 2811-3462 |
Keywords: | Harta Pusaka Beku, Malaysia, waris |
Date: | November 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70496 |