Abstract
Tahukah anda sejak tahun 2010, Malaysia telah mempunyai Program Perlindungan Saksinya sendiri dengan tergubalnya Akta Perlindungan Saksi 2009 (Akta 696) (berkuatkuasa pada 15 April 2010) di Parlimen. Walau bagaimanapun, yang iebih kerap dimainkan oleh pihak media adalah berkenaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711). Namun skop kedua-dua akta ini adalah berbeza. Sebelum wujudnya Akta 696 ini, perlindungan kepada saksi semasa proses siasatan dan perbicaraan hanya diberikan secara adhoc oleh agensi penguatkuasaan yang berkenaan. Namun begitu, perlindungan sedemikian adalah terhad kepada peruntukan kewangan sedia ada agensi-agensi tersebut dan tiada peruntukan khusus untuk program perlindungan saksi, mahupun jaminan keselamatan selepas saksi memberi keterangan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Nawi, Nor Fadzlina UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Legal aid. Legal assistance to the poor K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Law enforcement K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Law enforcement > Malaysia P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | JUU LEX READ |
ISSN: | 2811-3462 |
Keywords: | saksi, Malaysia, Parlimen |
Date: | November 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70491 |