Abstract
Perkahwinan merupakan satu mahligai impian setiap pasangan yang bercinta bagi mengabadikan episod cinta yang dibina. Namun, setiap insan seharusnya perlu menjadi rasional di dalam menilai sesuatu yang fantasi dan realiti kerana terdapat perbezaan yang ketara di dalam perhubungan yang melibatkan pasangan sebelum mereka menjalani kehidupan berumah tangga dan realiti kehidupan setelah bergelar suami dan isteri. Realitinya, tidak semua kisah percintaan pasangan yang mendirikan rumah tangga ini berakhir dengan kebahagiaan. Ada dalam ka-langan mereka yang terpaksa akur dengan ke-tentuan bahawa mahligai yang dibina tidak mampu dipertahankan lagi. Mengupas mengenai isu pergolakan dalam rumah tangga ini, kes penceraian di Malaysia dilaporkan se-makin meningkat saban tahun. Selain faktor kewangan, penderaan mental dan fizikal, gangguan pihak ketiga adalah merupakan anta-ra faktor yang menyumbang kepada statistik penceraian di negara ini. Menurut kajian yang dilakukan, penyelidik telah mengklasihkasikan kehadiran orang ketiga di dalam sesebuah ru-mah tangga sebagai penyumbang kepada ma-salah penceraian di negara ini.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Azmi, Amylia Fuziana UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | JUU LEX READ |
ISSN: | 2811-3462 |
Keywords: | orang ketiga, perkahwinan, penceraian |
Date: | October 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70447 |