Abstract
Undang-undang Kelirupaan (Passing Off) bertujuan melindungi nama baik (goodwill) yang telah terikat pada perniagaan atau perkhidmatan. Undang-undang ini menghalang mana-mana pihak yang cu-ba untuk menggunakannya dalam mengelirukan pengguna atau pelanggan. Matlamat akhir adalah untuk melindungi orang awam daripada terpedaya membeli barangan atau menggunakan perkhid-matan yang disangka datang daripada pihak lain. Isu tentang Kelirupaan telah menjadi subjek utama dalam pertikaian antara Hafiz Hamidun dan Kamdar Sdn. Bhd. Sekitar tahun 2017, Kamdar telah menggunakan label “Hafiz Hamidun" (jenama terse-but) pada produk fabrik kain mereka. Atas sebab tiada persetujuan penggunaan jenama tersebut, Ha-fz Hamidun mendakwa Kamdar telah mengelirukan orang awam dengan menggunakan nama baik (goodwill) jenama tersebut untuk penjualan fabrik kain di premis perniagaan Kamdar. Keadaan ini memberikan asas kepada Hafiz Ha-midun untuk membawa tindakan undang-undang ke atas Kamdar. Setelah melalui 3 pusingan, mahkamah tertinggi Malaysia akhirnya memberikan keputusan yang berpihak kepada Hafiz Hamidun. Perenggan-perenggan yang berikut akan menghuraikan secara ringkas beberapa hujah pent-ing dan dapatan mahkamah dari setiap pusingan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Muhamad Khair, Muhamad Helmi UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | JUU LEX READ |
ISSN: | 2811-3462 |
Keywords: | Kelirupaan, perniagaan, perkhidmatan |
Date: | October 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70435 |