Abstract
Perikanan merupakan suatu industri yang tidak kurang pentingnya di,dalam negara ini. Industri ini berupaya menampung keperluan protin yang diperlukan oleh penduduk dengan harga yang agak murah berbanding dengan sumber-sumber protin yang lain seperti daging dan sebagainya. Industri ini membekalkan kirakira 80% daripada jumlah protin yang diambil oleh penduduk negara ini. Tidak dapat dinafikan bahawa kawasan perairan bumi yang bertuah ini kaya dengan berbagai jenis hidupan laut khususnya ikan yang bermutu tinggi terutarnanya di kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) yang tidak terdapat di kawasan-kawasan perairan lain. Perikanan banyak dijalankan di Pantai Timur dan Pantai Barat tanahair. Di Pantai Timur ikan banyak ditangkap oleh nelayan-nelayan dari Kelantan dan Trengganu. Oleh itu tidaklah menghairankan kedua-dua negeri tersebut terkenal dengan hasil-hasil lautnya yang telah diproses seperti berbagai jenis keropok dan sebagainya. Manakala di Pantai Barat pula perikanan banyak dijalankan di negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Perlu diingat, walaupun jumlah nelayan di Pantai Timur lebih ramai daripada jumlah nelayan di Pantai Barat tetapi jumlah pendaratan ikan adalah lebih banyak di Pantai Barat.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Azidin, Abdul Karim UNSPECIFIED Shamsudin, Abdul Shukor UNSPECIFIED F. Salim, Sani Dhillon UNSPECIFIED Mohd. Saad, Norhanita UNSPECIFIED Karim, Noraidah UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohamad, Nasrudin UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Groups and organizations S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling > Fisheries |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus |
Programme: | Diploma Pentadbiran Awam |
Keywords: | Nelayan, sosio-ekonomi, perikanan, taraf hidup penduduk |
Date: | 1988 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70428 |
Download
70428.pdf
Download (557kB)