Buli siber di Malaysia: caknakah kita? / Mohd Syahril Ibrahim

Ibrahim, Mohd Syahril (2021) Buli siber di Malaysia: caknakah kita? / Mohd Syahril Ibrahim. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Abstract

Zaman dunia teknologi kini telah banyak mengubah cara kehidupan masyarakat. Dari aspek urusan jual beli menjadi semakin mudah, maklumat dan berita terkini tersebar dengan lebih pantas, sehingga pembelajaran di alam maya juga telah menjadi norma baharu dalam kalangan pelajar. Keadaan ini dilihat akan terus berterusan untuk masa akan datang. Media sosial pada hari ini memainkan peranan yang sangat penting dalam ke- hidupan kita dan semakin disukai oleh masyarakat dunia. Setiap hari pengguna media sosial semakin bertambah kerana pelbagai aplikasi yang wujud dan menawarkan keunikan dan kelebihan masing- masing kepada pengguna, antaranya Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok. Namun begitu, tidak semua pengguna di media sosial ini berjaya mengawal akaun media sosial peribadi mereka untuk memberikan kebaikan kepada semua. Buli siber adalah salah satu isu yang semakin menjadi semakin runcing sehingga terdapat insiden di mana mangsa membunuh diri akibat tekanan perasaan kesan daripada buli siber. Hakikatnya, Malaysia berada di tangga ke-2 Asia dan nombor 6 di dunia dalam kategori ancaman buli siber ini. Buli siber adalah suatu fenomena yang menjadi barah disebabkan oleh pengembangan akses Internet. Perbuatan buli siber semakin meningkat di setiap negara termasuk Malaysia tetapi tidak banyak negara yang mempunyai undang-undang khas buli siber.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ibrahim, Mohd Syahril
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Affection. Feeling. Emotion
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: JUU LEX READ
ISSN: 2811-3462
Keywords: Buli, Siber, teknologi
Date: October 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70387
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 70387.pdf] Text
70387.pdf

Download (728kB)

ID Number

70387

Indexing

Statistic

Statistic details