Terrarium Kura Impian / Nur'Atikah Md Isa … [et al.]

Md Isa, Nur'Atikah and A'sri, Nurlina Ezzati and Ahmad, Siti Nabila and Aznan, Nuranyssa Aiyanie (2021) Terrarium Kura Impian / Nur'Atikah Md Isa … [et al.]. In: RIID 2012: Innovation For Sustainable Growth. Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka, Alor Gajah, Melaka. ISBN 9789671135440 (Submitted)
Abstract

Produk yang bakal dihasilkan ialah sebuah terrarium biodiversiti yang dilengkapkan oleh kura-kura dan unsur semula jadi habitat kura-kura. Kura-kura dipilih atas sifatnya yang mudah diurus dalam ruang yang minimum. Tujuan utama penghasilan terrarium ini adalah untuk mengekalkan kewujudan kura-kura dan melindungi spesis ini daripada kepupusan. Selain itu, terrarium ini turut memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjadi pencinta kura-kura tanpa ragu-ragu tentang keserasian kura-kura dengan tempat barunya. Perkara utama yang ditekankan ialah situasi menang-menang bagi manusia dan kura-kura. Atas prinsip itu juga, terrarium ini direka menggunakan bahan kitar semula dan mesra alam, di samping menjimatkan penggunaan ruang dan wang serta tidak membahayakan alam sekitar dan manusia. Impak khusus penghasilan terrarium ialah mewujudkan hubungan lestari antara manusia dan alam sekitar di samping menjana kepentingan biodiversiti untuk planet Bumi. Kesimpulannya, terrarium ini menjadi satu medan pertembungan harmonis antara manusia- alam sekitar yang mampu dimiliki dan diurus oleh sesiapa sahaja serta sudah semestinya menjadi banglo impian semua kura-kura.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of Abstract only]
Text (Abstract only)
70361.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics