Abstract
Produk yang bakal dihasilkan ialah sebuah terrarium biodiversiti yang dilengkapkan oleh kura-kura dan unsur semula jadi habitat kura-kura. Kura-kura dipilih atas sifatnya yang mudah diurus dalam ruang yang minimum. Tujuan utama penghasilan terrarium ini adalah untuk mengekalkan kewujudan kura-kura dan melindungi spesis ini daripada kepupusan. Selain itu, terrarium ini turut memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjadi pencinta kura-kura tanpa ragu-ragu tentang keserasian kura-kura dengan tempat barunya. Perkara utama yang ditekankan ialah situasi menang-menang bagi manusia dan kura-kura. Atas prinsip itu juga, terrarium ini direka menggunakan bahan kitar semula dan mesra alam, di samping menjimatkan penggunaan ruang dan wang serta tidak membahayakan alam sekitar dan manusia. Impak khusus penghasilan terrarium ialah mewujudkan hubungan lestari antara manusia dan alam sekitar di samping menjana kepentingan biodiversiti untuk planet Bumi. Kesimpulannya, terrarium ini menjadi satu medan pertembungan harmonis antara manusia- alam sekitar yang mampu dimiliki dan diurus oleh sesiapa sahaja serta sudah semestinya menjadi banglo impian semua kura-kura.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Md Isa, Nur'Atikah UNSPECIFIED A'sri, Nurlina Ezzati UNSPECIFIED Ahmad, Siti Nabila UNSPECIFIED Aznan, Nuranyssa Aiyanie UNSPECIFIED |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences > Enviromental management S Agriculture > S Agriculture (General) > Agricultural ecology (General) S Agriculture > S Agriculture (General) > Agricultural conservation |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka |
Event Title: | RIID 2012: Innovation For Sustainable Growth |
Event Dates: | 7-8 November 2012 |
Keywords: | Terrarium; Biodiversiti; Kura-kura; Alam sekitar |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70361 |