Abstract
Pertanian merupakan sektor industri yang sangat penting kepada negara kita. Ini kerana pertanian menjadi sumber pendapatan atau sumber untuk mendapatkan rezeki bagi segolongan penduduk negara ini. Bukan sahaja segolongan, bahkan majoriti penduduk negara ini bergantung sepenuhnya kepada sektor pertanian. Negara kita merupakan salah sebuah negara yang mempunyai tanah yang subur untuk sektor pertanian dan kawasan untuk pertanian adalah terlalu luas. Namun begitu, ada juga pihak-pihak tertentu yang tidak mengambil berat tentang sektor pertanian, walhal ianya bakal menjadi sumber ekonomi utama kepada negara atau penyumbang kepada sumber pendapatan rakyat negara ini. Harl ini kita dapat lihat bahawa negara kita sendiri telah menjadi salah sebuah negara pengeluar minyak sawit dan juga getah yang terbesar di dunia. ini menunjukkan sektor pertanian adalah sangat penting dan berguna untuk negara dan juga rakyat. Hari ini kita dapat melihat bahawa negara kita telah pesat membangun dan teknologi telah menjadi tumpuan utama kepada negara. Sektor-sektor perindustrian lain telah seiring membangun bersama dan penggunaan teknologi semakin meluas dalam sektor tersebut. Namun begitu, teknologi dalam sektor pertanian masih ketinggalan. Kebanyakan petani masih belum mempunyai pengetahuan atau masih ketinggalan dalam penggunaan teknologi. Oleh itu, kerajaan perlu menyerapkan perkembangan teknologi dalam sektor pertanian. Dalam kajian yang telah dijalankan, rata-rata petani tidak mempunyai teknologi dalam melakukan kerja-kerja meraka. Kajian yang dijalankan ini adalah sangat sesuai bagi mengatasi masalah ini. Seterusnya akan menghasilkan petani yang berjaya dan berpengetahuan dalam teknologi atau di sebut sebagai pertanian moden.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Malik, Mohd Saufi 2002482511 |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Technological innovations H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Agricultural industries |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design |
Programme: | Diploma Seni Lukis dan Seni Reka |
Keywords: | Penyakit, alat pengesan, pertanian, teknologi, Malaysia |
Date: | 2004 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70020 |
Download
70020.pdf
Download (176kB)