Alat memproses belacan bagi pertanian moden / Fadzillah Amir

Amir, Fadzillah (2004) Alat memproses belacan bagi pertanian moden / Fadzillah Amir. [Student Project] (Submitted)

Abstract

Pertanian dan perikanan merupakan salah satu hasil yang menyumbang dalam ekonomi negara. Pertanian dan perikanan memberikan pulangan yang lumayan serta meningkatkan produktiviti negara di samping memberi persaingan yang positif kepada pendapatan negara. Antaranya dalam sektor perikanan, belacan merupakan produk makanan yang kurang di komersialkan. Belacan selalunya dikomersialkan di kawasan kampung terutamanya belacan yang popular di bahagian Utara Kedah iaitu di sekitar Tanjung Dawai. Belacan di proses di kawasan rumah-rumah penduduk kampung di tepi jalan yang berniaga di sekitar Tanjung Dawai. Belacan selalunya diproses dalam dua bentuk samada Manual ataupun Auto. Dalam bentuk manual, belacan diproses dan di bentuk dengan menggunakan tenaga tangan. Manakala auto dengan menggunakan tenaga mesin. Dalam teknologi sekarang, belacan jarang diproses dengan menggunakan tangan lagi kerana ia memakan masa yang lama untuk menghasilkan kuantiti yang banyak. Setelah mesin belacan dicipta disekitar tahun 1970 an, kebanyakkan pengusaha belacan sekarang menggunakan mesin kerana belacan dapat diproses dalam kuantiti yang banyak dan menjimatkan masa. Belacan yang di keluarkan dalam kuantiti yang banyak selalunya di usahakan oleh pengusaha yang memiliki alat memproses belacan. Namun begitu, alat memproses belacan belum di komersialkan secara meluas. lni kerana alat ini jarang digunakan kecuali untuk pengusaha belacan sahaja. Alat ini harus di perbaharui reka bentuknya supaya lebih ergonomik dan mudah di kendalikan. lni kerana mesin belacan sekarang terlalu besar dan sukar di kendalikan. Manakala alat ini juga tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lengkap. Alat memproses belacan sekarang menggunakan enjin jana kuasa ataupun generator. Enjin ini tidak begitu konsisten ini kerana enjin ini mengeluarkan bunyi yang bising.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Amir, Fadzillah
2002276451
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Technological innovations
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Agricultural industries
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design
Programme: Diploma Seni Lukis dan Seni Reka
Keywords: Pertanian, belacan, Kedah
Date: 2004
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70019
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 70019.pdf] Text
70019.pdf

Download (195kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
Processing

ID Number

70019

Indexing

Statistic

Statistic details