Perletakan stesen bas ekspres di bandar Kangar, Perlis Indera Kayangan / Muhammad Haikhal Saad

Saad, Muhammad Haikhal (2012) Perletakan stesen bas ekspres di bandar Kangar, Perlis Indera Kayangan / Muhammad Haikhal Saad. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Secara umumnya, pengangkutan awam terdiri daripada perkhidmatan bas domestik, bas ekspres, teksi, keretapi dan kapal terbang seams dengan teknologi masa kini. Stesen bas ekpres merupakan salah satu laluan masuk ke sesebuah kawasan. la juga digunakan oleh pemandu, penumpang, pelancong dan orang awam yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres untuk istirehat dan melakukan perjalanan. Disebabkan oleh peranannya yang penting, stesen bas yang disediakan haruslah berada dalam keadaan yang baik, lengkap dengan kemudahan yang diperlukan dan lokasi yang strategik serta baik. Sehubungan dengan itu, Stesen Bas Ekspres di Bandar Kangar, Perlis merupakan antara elemen kemudahan pengangkutan awam yang penting kerana stesen bas telah dirancang selaras dengan peningkatan pengangkutan awam. Faktor asas penyediaan stesen bas untuk mempertingkatkan keselamatan pengguna di jalan raya serta mengelak kesesakan jalan raya dari kenderaan seperti bas yang mengambil dan menurunkan penumpang. Pada masa hadapan, pengangkutan awam seperti stesen bas merupakan satu kemestian perlu ada dalam pembangunan sesebuah kawasan terutamanya di kawasan bandar yang pesat dan sedang membangun. Perancangan yang teliti dan tersusun serta mengambil kira faktor yang berkaitan, penting di dalam perancangan pengangkutan awam. Perancangan stesen bas memerlukan perhatian dari faktor perletakan dan kemudahan yang perlu disediakan. Perletakan stesen bas memainkan peranan penting dalam aspek kemudahsampaian dan keselesaan orang ramai terutama pengguna awam. Walau bagaimanapun, Stesen Bas Ekspres Kangar sedia ada mempunyai masalah dari segi perletakan stesen bas dan elemen kemudahan sokongan yang tidak relevan dan sempurna pada masa kini mengikut peredaran masa. Oleh itu kajian ini berperanan bagi mengkaji perletakan stesen bas ekspres Kangar sedia ada dan menyediakan cadangan stesen bas ekspres Kangar yang bakal diwujudkan dengan mengenalpasti lokasi yang sesuai di kawasan tersebut ini melibatkan pelbagai peringkat kajian bermula daripada kajian awalan, pengumpulan maklumat, analisis, penemuan dan peringkat yang terakhir adalah cadangan. Secara keseluruhannya, cadangan mewujudkan stesen bas ekspres Kangar yang baru mampu meningkatkan dari segi kegunaan stesen bas ekspres Kangar itu sendiri dan menjadi pintu masuk utama bagi sesebuah negeri dengan menyediakan perletakan stesen bas ekspres Kangar yang baru selaras dengan lokasi yang sesuai dan elemen kemudahan sokongan yang terdapat di dalam sesebuah stesen bas disamping memberi kesan kepada pengguna awam supaya galakan menggunakan perkhidmatan bas ekspres di Bandar Kangar.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Saad, Muhammad Haikhal
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Ismail, Izzamir
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TE Highway engineering. Roads and pavements > Roadside development. Landscaping
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma in Architecture, Planning and Surveying
Keywords: stesen bas, Kangar, Perlis
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69953
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 69953.pdf] Text
69953.pdf

Download (189kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

69953

Indexing

Statistic

Statistic details