Abstract
Sumber air merupakan sumber yang amat penting dalam kehidupan kita sejak dahulu lagi. Penggunaan air tidak terhad kerana ia digunakan dalam pelbagai aktiviti yang berkaitan dalam kehidupan kita. la digunakan untuk mandi, memasak, membasuh pakaian dan sebagainya. Sumber air boleh didapati di mana-mana sahaja contohnya seperti di sungai , tasik, telaga dan sebagainya. Namun begitu masih terdapat masalah yang dihadapi untuk mendapatkan sumber air semasa berada di luar rumah kerana bekalan air adalah terhad dan sukar untuk mendapatkannya terutamanya semasa berada di kawasan-kawasan rekreasi, kawasan rehat lebuh raya, kawasan pembinaan, dan sebagainya. Kajian dan analisa terhadap keperluan dan kehendak pengguna perlu dijalankan untuk mendapatkan perincian tentang situasi permasalahan. Untuk memastikan masalah yang dihadapi oleh pengguna, kajian hanya tertumpu di kawasan pusat rekreasi. Pada masa kini semakin ramai yang meminati aktiviti luar terutama aktiviti di taman-taman rekreasi. Kebanyakan taman rekreasi mempunyai kepadatan pengunjung yang tinggi serta kemudahan-kemudahan asas yang disediakan seperti surau, kafe, tandas dan sebagainya adalah terhad untuk menampung pengunjung yang datang. Kemudahan asas yang terhad ini telah mendatangkan masalah kepada pengunjung terutamanya untuk mandi. Pengguna perlu mencari sumber air untuk mandi kerana tiada alat mandian yang mudah alih serta lengkap dengan tangki air semasa berada di luar rumah. Masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pengunjung telah memberi idea baru kepada sektor industri kita dengan merekabentuk satu alat baru yang lebih efektif. Dengan wujudnya "portable shower unit" untuk aktiviti luar, ia telah memberi perspektif baru kepada pengunjung di mana mereka dapat membawa bekalan air sendiri dengan mudah dan senang semasa berada di luar rumah tanpa perlu menghadapi masalah mencari sumber air dan tempat untuk mandi.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Md Jamel, Mohd Jasmin 2003416983 |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Technological change T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design |
Programme: | Diploma Seni Lukis dan Seni Reka |
Keywords: | Air, rekreasi, reka bentuk |
Date: | 2005 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69896 |
Download
![[thumbnail of 69896.pdf]](https://ir.uitm.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
69896.pdf
Download (232kB)
Digital Copy
Physical Copy

ID Number
69896
Indexing

