Aksesibiliti terhadap peruntukan hak selepas bercerai dalam kalangan wanita di Kota Bharu / Mohd Khairul Anuar Ismail and Zanirah Mustafa@Busu

Ismail, Mohd Khairul Anuar and Mustafa@Busu, Zanirah (2017) Aksesibiliti terhadap peruntukan hak selepas bercerai dalam kalangan wanita di Kota Bharu / Mohd Khairul Anuar Ismail and Zanirah Mustafa@Busu. In: The lnternational Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society (lslac 2017), 4-5 Mac 2017.

Abstract

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Kelantan No. 6/2002 dan Negeri-negeri lain telah mengadakan peruntukan-peruntukan demi memastikan hak-hak wanita dijamin dan dilaksanakan seperti yang dituntut oleh Islam. Namun begitu, tidak dinafikan walaupun peruntukan disediakan, tetapi masih banyak berlaku di mana wanita diabaikan khususnya selepas bercerai. Aksesibiliti berhubung peruntukan hak-hak selepas bercerai merupakan satu keperluan bagi mempertingkatkan kesedaran dalam kalangan wanita seterusnya dapat mengelak daripada berlakunya pengabaian hak tersebut. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji aksesibiliti maklumat dalam kalangan wanita terhadap Undang-undang Keluarga Islam berkaitan hak-hak selepas bercerai. Maklumat kajian diperoleh melalui pengedaran 384 borang soal selidik kepada wanita sekitar Kota Bharu yang berumur 20 tahun ke atas. Pemilihan sampel adalah dilakukan secara rawak. Data dianalisis menggunakan pengisian Statistic Package For Sosial Science (SPSS). Hasil kajian mendapati bahawa aksesibiliti berhubung hak selepas bercerai menurut undang-undang keluarga Islam dalam kalangan wanita di Kola Bharu secara keseluruhannya adalah didapati kurang memuaskan sama ada dari sudut pembacaan, penyertaan seminar, ceramah atau kursus berkaitan. Namun, majoriti mereka bersetuju memerlukan penerangan lanjut berhubung hak-hak selepas bercerai.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ismail, Mohd Khairul Anuar
anuar785@uitm.edu.my
Mustafa@Busu, Zanirah
zanir126@uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > The family. Marriage. Home > Divorce
K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh > Domestic relations (Islamic law). Family law > Marriage (Islamic law). Nikāḥ. Zawāj. نكاح. زواج
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: The lnternational Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society (lslac 2017)
Event Title: The lnternational Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary Society (lslac 2017)
Event Dates: 4-5 Mac 2017
Page Range: pp. 474-484
Keywords: Aksesibiliti, hak wanita, undang-undang keluarga Islam
Date: March 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69847
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 69847.pdf] Text
69847.pdf

Download (1MB)

ID Number

69847

Indexing

Statistic

Statistic details