Perkhidmatan penyediaan makanan di kafeteria universiti dari sudut pandangan pelajar / Normala Ismail and Mohamad Kamil Ariff Khalid

Normala, Ismail and Khalid, Mohamad Kamil Ariff (2022) Perkhidmatan penyediaan makanan di kafeteria universiti dari sudut pandangan pelajar / Normala Ismail and Mohamad Kamil Ariff Khalid. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869
Abstract

Makanan merupakan keperluan asasi yang penting bagi setiap makhluk ciptaan Tuhan. Manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan memerlukan makanan untuk meneruskan kehidupan. Makanan memberi tenaga untuk tumbesaran, membiak dan melaksanakan segala proses kelangsungan hidup. Pada masa sekarang, keperluan makanan yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan semakin mendapat perhatian. Pemakanan yang baik adalah penting untuk perkembangan dan fungsi organ, pembiakan dan pertumbuhan yang normal. Selain itu, pemakanan yang baik juga penting untuk ketahanan terhadap infeksi dan keupayaan memulihkan kerosakan dan kecederaan yang berlaku pada tubuh badan. Sesetengah individu akan memilih makanan apa yang hendak dimakan demi menjaga kesihatan mereka. Ini adalah kerana sesetengah makanan mungkin akan menyebabkan penyakit. Misalnya, makanan yang berlemak dan berkolestrol akan menyebabkan penyakit jantung. Oleh itu, pengambilan makanan yang seimbang dan terjamin kebersihannya adalah penting bagi kesihatan manusia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 69844.pdf]
Text
69844.pdf
Download (662kB)
Indexing & Metrics