Abstract
Makanan merupakan keperluan asasi yang penting bagi setiap makhluk ciptaan Tuhan. Manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan memerlukan makanan untuk meneruskan kehidupan. Makanan memberi tenaga untuk tumbesaran, membiak dan melaksanakan segala proses kelangsungan hidup. Pada masa sekarang, keperluan makanan yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan semakin mendapat perhatian. Pemakanan yang baik adalah penting untuk perkembangan dan fungsi organ, pembiakan dan pertumbuhan yang normal. Selain itu, pemakanan yang baik juga penting untuk ketahanan terhadap infeksi dan keupayaan memulihkan kerosakan dan kecederaan yang berlaku pada tubuh badan. Sesetengah individu akan memilih makanan apa yang hendak dimakan demi menjaga kesihatan mereka. Ini adalah kerana sesetengah makanan mungkin akan menyebabkan penyakit. Misalnya, makanan yang berlemak dan berkolestrol akan menyebabkan penyakit jantung. Oleh itu, pengambilan makanan yang seimbang dan terjamin kebersihannya adalah penting bagi kesihatan manusia.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Normala, Ismail UNSPECIFIED Khalid, Mohamad Kamil Ariff UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals H Social Sciences > H Social Sciences (General) P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | makanan, universiti, pelajar |
Date: | September 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69844 |