Abstract
SUNGAI PETANI, 1 Disember 2021 - Terinspirasi selepas melihat kesungguhan Puan Natipah Abu, Pengerusi Pertubuhan Jariah Qaseh Malaysia membuka sebuah butik menjual barangan terpakai untuk membantu aktiviti kemasyarakatan telah mencetuskan idea kepada Unit Kebajikan, Sukan dan Khidmat Masyarakat, Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA), UiTM Cawangan Pulau Pinang untuk sama - sama menyumbang kepada aktiviti kebajikan pertubuhan tersebut. Bermula dari situ, Unit Kebajikan, Sukan dan Khidmat Masyarakat, Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengumpulkan barang - barang terpakai yang masih elok seperti pakaian, kasut, novel, hiasan rumah, barangan elektrik dan pelbagai barangan keperluan lain untuk disumbangkan kepada Butik Qasehku.com, milik Pertubuhan Jariah Qaseh Malaysia. Pengumpulan barang daripada kalangan staff PKA berlangsung selama dua minggu. Pandemik Covid-19 bukan penghalang kepada kakitangan Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pulau Pinang untuk terus melakukan aktiviti khidmat masyarakat.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mat Daud Keria, Nurhidayati UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Ibrahim, Anas UNSPECIFIED Chief Editor Md Hasan, Ahmad Syauqi UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA L Education > LG Individual institutions > Asia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering |
Journal or Publication Title: | Buletin Tahunan Fakulti Kejuruteraan Awam |
ISSN: | 2716-6325 |
Keywords: | Buletin FKA, Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69722 |