Abstract
Pembangunan negara yang pesat pada masa kini telah mendorong dalam peningkatan penggunaan tenaga elektnk dalam negara. Disebabkan oleh faktor inilah, maka pelbagai dasar dan polisi telah dibentuk oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan lagi perkembangan dalam penyaluran tenaga elektnk. Perancangan fizikal bagi mendorong penyaluran tenaga elektnk adalah amat penting untuk memastikan tahap tenaga elektrik yang diperlukan oleh pengguna sentiasa mencukupi. Berdasarkan kepada faktor inilah maka kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang melibatkan perancangan pencawang elektrik di kawasan yang telah dikenalpasti. Kajian ini amat penting bagi memastikan perancangan serta penyaluran tenaga elektrik berada pada tahap yang paling memuaskan. Selain itu, kajian ini juga dilakukan adalah untuk memastikan tahap perkhidmatan penyaluran elektrik oleh pencawang elektrik serta penyelenggaraan sentiasa dilakukan oleh pihak TNB di kawasan kajian. Ini kerana secara amnya didapati pencawang elektrik yang telah disediakan kebanyakkannya tidak mempunyai aspek keselamatan yang mencukupi untuk memastikan keadaannya selamat kepada orang ramai. Secara keseluruhannya masalah yang dihadapi di kawasan kajian adalah.disebabkan oleh ketiadaan perancangan dalam pembangunan yang khusus untuk pencawang elektrik. Oleh sebab itu, langkah-langkah tertentu periu diambil untuk mengatasi masalah-masalah yang telah dikenalpasti hasil daripada kajian yang telah dijalankan. Dengan ini maka diharap agar perancangan untuk pencawang elektrik pada masa hadapan dapat dirancang dengan lebih teliti dan berkesan dengan kerjasama daripada pihak yang bertanggungjawab.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Ab. Ghani, Kamarul Azman UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abd Rahman, Aszhar UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > Applications of electric power |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | pencawang eletrik, Seri Manjung, kajian kawasan |
Date: | 1999 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69716 |
Download
69716.pdf
Download (147kB)