Lawatan ke tapak bangunan yang sedang dibaikpulih galak minat pelajar terhadap kursus Kejuruteraan Forensik / Ts. Noraziyan Abd Aziz

Abd Aziz, Noraziyan (2021) Lawatan ke tapak bangunan yang sedang dibaikpulih galak minat pelajar terhadap kursus Kejuruteraan Forensik / Ts. Noraziyan Abd Aziz. Bulletin. Unit Penerbitan FKAPP.
Abstract

Sejurus tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan telah mengumumkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara berperingkat. Beberapa sektor telah diberikan kebenaran beroperasi bersyarat ketika PPN Fasa 1 diumumkan pada September 2021. Sektor Pembinaan juga telah dibenarkan beroperasi dengan syarat lengkap vaksinasi dan ujian RTK Antigen ke atas pekerja dilaksanakan setiap 2 minggu. Di atas kesempatan ini, pelajar yang mengambil kursus Kejuruteraan Forensik telah berpeluang untuk membuat lawatan ke Kolej Zamrud yang terletak dalam kawasan kampus UiTM Cawangan Permatang Pauh (UiTMCPP). Kolej Zamrud sedang dinaiktaraf dan diselenggara untuk setiap kerosakan struktur bangunan kolej bermula Mei 2021 sehingga Ogos 2022 oleh kontraktor, FFN Ventures Sdn. Bhd. Selepas mendapatkan kebenaran dari Bahagian Pengurusan Fasiliti (BPF) kampus UiTMCPP dan kontraktor, kami telah bergerak dalam kumpulan yang kecil dan mengikut giliran supaya tidak berlaku kesesakan di dalam bangunan dan menjaga SOP penjarakan sosial. Lawatan tapak kami telah dijalankan pada minggu ke-8 kuliah iaitu pada 29 November sehingga 3 Disember dan melibatkan 4 kumpulan kelas dengan jumlah 119 orang pelajar. Lawatan ini turut diiringi oleh En Abdul Malek Bin Ishak, wakil BPF dan Cik Nurul Atiqah Binti Tukijan selaku wakil pihak kontraktor.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 69695.pdf]
Text
69695.pdf
Download (434kB)
Indexing & Metrics