Abstract
Sejarah pendidikan negara adalah satu bentuk pergerakan pendidikan yang membawa kepada tahap kemajuan dari satu peringkat ke peringkat kemajuan yang lain. Sedikit sebanyak telah memberi berbagai pengalaman yang amat berguna kepada negara kita dalam menyediakan sistem pendidikan yang bermutu kepada rakyat tempatan. Dalam pada itu berbagai kempen telah dilaksanakan dalam memberikan kemudahan pendidikan yang sempurna kepada rakyat, terutama dikawasan luar bandar dan kawasan yang agak strategik yang pembangunan belum dicapai. Dalam tempoh itulah kerajaan amat mengalakkan sektor swasta memainkan peranan dalam meningkatkan lagi pendidikan di negara ini. Dalam tempoh RME (Rancangan Malaysia Enam) teras pendidikan secara keseluruhannya adalah untuk menambah keupayaan dan meningkatkan peluang mendapatkan pendidikan di semua peringkat, memperkukuhkan sistem penyampaian dan memperbaiki kualiti pendidikan. Sehubungan dengan ini, sektor swasta dan agensi awam yang diswastakan telah digalakkan untuk meningkatkan keupayaan mereka dan menyediakan pendidikan yang berkualiti. Oleh kerana sektor swasta lebih aktif dalam mengendalikan operasinya maka kerajaan melalui Kementerian pendidikan membuka seluas-luasnya peluang kepada sektor swasta untuk menubuhkan institusi-institusi pengajian tinggi di negara ini.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ab Hamid, Ab Fatah 94803890 Ab Rahman, Che Zulkifli 94803407 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Shapiin, Mohd. Nor UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Ratings and rankings. Evaluation and ranking of universities and colleges L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies |
Programme: | Bachelor of Administrative Science (Hons) |
Keywords: | Rancangan Malaysia Enam, institusi-institusi pengajian tinggi, Kementerian Pendidikan |
Date: | 1995 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69694 |
Download
69694.pdf
Download (814kB)