Abstract
Kuala Lumpur mengalami pembangunan yang pesat terutamanya selepas negara mencapai kemerdekaan. Beberapa dasar yang melibatkan pembangunan telah menjadikan permintaan tanah bandar semakin meninggi. Sehingga hari ini telah banyak kawasan yang terbiar di bandar dibangunkan semula. Situasi ini telah membawa tanah rizab melayu turuh sama di dalam kancah pembangunan hartanah di bandar. Hari ini kesan pembangunan bandar telah mengancam identiti unik perkampungan tanah rizab melayu. Malahan sesetengah persekitaran fizikal bandar telah menjadikan kawasan perkampungan ini sebagai tempat untuk menampung pembangunan sesak di bandar. Persekitaran yang tidak selesa, padat dan kualiti persekitaran yang menurun telah menyebabkan kawasan rizab melayu ini memberikan imej buruk kepada keseluruhan bandar Kuala Lumpur. Kajian ini bermatlamat untuk meningkatkan mutu persekitaran kawasan rizab melayu yang dihasilkan oleh pembangunan bandar. Pendekatan yang sesuai ialah mengambil kira sosio budaya masyarakat melayu yang unik dan diselaraskan dengan tren pembangunan bandar. Di samping itu, beberapa nilai semulajadi dijadikan sumber utama di dalam proses membaikpulih imej kawasan perkampungan ini. Adalah diharapkan supaya pendekatan ini akan terns mengekalkan cara hidup orang melayu yang unik di samping membantu perkembangan sesebuah bandar. Secara keseluruhannya kawasan ini akan menjadi lambang kepada persekitaran hidup orang melayu yang berkualiti.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Musa, Shahrom UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Kamsah, Kamariyah UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Urban runoff |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Bachelor of Landscape Architecture (Hons) |
Keywords: | kampung, rizab, melayu |
Date: | 2000 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69679 |
Download
69679.pdf
Download (181kB)