Abstract
Perubahan iklim merupakan masalah pemanasan global rentetan daripada kesan rumah hijau (greenhouse effect, GHE), iaitu peningkatan gas rumah hijau (greenhouse gases, GHG) tersebut. Apakah sebenarnya gas rumah hijau dan bagaimana kesan rumah hijau ini berlaku? Karbon dioksida (CO2), wap air (H2O), ozon (O3), gas metana (CH4) dan gas kloroflorokarbon (CFC) adalah antara contoh gas rumah hijau yang wujud secara semula jadi dan daripada hasil aktiviti manusia. Pada asasnya, gas rumah hijau diperlukan untuk menyerap atau memancarkan kembali sinaran inframerah yang terhasil daripada cahaya matahari. Ia bertujuan mengekal dan memerangkap tenaga haba di atmosfera, seterusnya menghasilkan kesan rumah hijau yang membolehkan suhu bumi sesuai untuk didiami. Tanpa gas-gas ini, bumi akan terlalu sejuk dan tidak sesuai untuk hidupan. H2O adalah gas rumah hijau yang paling banyak terdapat di bumi, merangkumi sekitar 60% dari keseluruhan gas yang ada. O3 pula berperanan menapis sejumlah haba yang membantu kehidupan di bumi.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Jamion, Nurul Ain UNSPECIFIED Ramli, Ratna Zuarni UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | Iklim, Malaysia, gas metana (CH4), gas kloroflorokarbon (CFC) |
Date: | September 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69672 |