Kajian tahap penglibatan peneroka rancangan Felda Kemahang 1 dan Kemahang 2 dalam aktiviti industri pembuatan / Rasyiman Azmawi Abdul Rahim

Abdul Rahim, Rasyiman Azmawi (1999) Kajian tahap penglibatan peneroka rancangan Felda Kemahang 1 dan Kemahang 2 dalam aktiviti industri pembuatan / Rasyiman Azmawi Abdul Rahim. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Pelbagai strategi dan pendekatan yang telah dan bakal dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk mewujudkan keseimbangan pembangunan antara kawasan bandar dengan luar bandar. Antara pendekatan yang boleh dikatakan agak berkesan untuk mencapai matlamat tersebut ialah dengan menggalakkan aktiviti perindustrian di kawasan luar bandar. Dalam pada itu, kerajaan juga sentiasa berusaha untuk memperkenalkan dan seterusnya menggalakkan penyertaan penduduk luar bandar dalam aktiviti in terutama sekali industri berasaskan pembuatan dan pengilangan. Kawasan skim Tanah Rancangan FELDA Kemahang 1 dan juga Kemahang 2 juga tidak terkecuali dalam hal ini. Kita dapat lihat bahawa sudah terdapat peneroka FELDA di kedua-dua Rancangan yang memberanikan din melaksanakan aktiviti industri berasaskan pembuatan. Pada dasamya, industri pembuatan telah lama bertapak di kawasan kajian, namun begitu tahap penyertaannya pada peringkat awal amat menyedihkan. Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini dapat dilihat bahawa ada peneroka atau penduduk di kedua-dua Rancangan sudah mula menunjukkan minat dan kecenderungan mereka untuk turut sama menjalankan aktiviti industri pembuatan ini. Daripada tinjauan yang dibuat mendapati tujuan utama peneroka yang teriibat menjalankan aktiviti industri pembuatan kerana ingin mendapatkan pendapatan sampingan selain menjadikannya sebagai sumber pendapatan altematif terutama sekali semasa program Tebang dan Tanam Semula dilakukan. Walaupun aktiviti-aktiviti industri pembuatan yang wujud di tapak kajian adalah sedikit jumlahnya, namun ianya masih mampu menimbulkan beberapa masalah khususnya dari segi perletakan dan juga taburan aktiviti industri tersebut. Oleh itu, suatu perancangan yang bersistematik dan bersepadu samada dari aspek sosial mahupun fizikal haruslah diambil dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak berwajib khasnya pihak FELDA. Dengan kerjasama yang terjalin antara semua pihak ini, maka matlamat untuk melihat aktiviti industri pembuatan berkembang maju dan jumlah penyertaan peneroka semakin bertambah akan dapat dicapai.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Rahim, Rasyiman Azmawi
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Wan Abd. Hamid, Wan Abd. Ghafar
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Manufacturing industries
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma
Keywords: felda, peneroka, industri pembuatan
Date: 1999
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69653
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 69653.pdf] Text
69653.pdf

Download (171kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

69653

Indexing

Statistic

Statistic details