Abstract
Pertubuhan Peladang Kawasan diwujudkan di setiap daerah di Negeri Kelantan Sesuatu Pertubuhan Peladang Kawasan dibentuk di setiap kawasan dimana-mana negeri tidak kurang daripada 50 orang yang memenuhi kehendak -kehendak yang dinyatakan. Suatu pertubuhan peladang boleh dibentuk dengan tujuan untuk memajukan kepentingan ekonomi dan sosial atau kebajikan ahli-ahli atau unit-unit ahlinya melalui penyertaan terus dan hendaknya mempunyai kuasa bagi membuat segala perkara yang perlu bagi maksud mencapai tujuan-tujuan itu. Pertubuhan Peladang Kangkong merupakan sebuah pertubuhan peladang yang berjaya dalam senarai Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri. Salah satu aktiviti utama Pertubuhan Peladang Kawasan Kangkong ialah menjalankan Projek Kilang Padi. Projek Kilang Padi Pertubuhan Peladang Kangkong terletak di daerah Lemal di Pasir Mas. Peristiwa yang mengerakkan Pertubuhan Peladang Kangkong untuk memajukan Kilang Padi tersebut adalah kerana dalam mesyuarat bulanan Lembaga Pengarah setiap kali perkara mengenai kilang padi tersebut dibangkitkan tentang untung rugi. Apabila berlaku kerugian pihak Pengurus Kilang padi akan dipersalahkan. Laporan yang diberikan oleh Pengerusi Kilang Padi menunjukkan kerugian sebanyak RM 151,651 dalam jangkamasa 3 tahun lepas. Olch itu Lembaga Pengarah seterusnya mengarah Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kangkong membaikpulih Projek Kilang Padi tersebut. Projek Kilang Padi tersebut memberikan kepentingan kepada para petani di sekitar untuk memasarkan padi mereka dan mendapatkan beras untuk keperluan harian mercka.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hamzah, Nural Ashikin 92720335 Ismail, Suryani 9272090 Mohd Rafek, Zainul Adnan 92719379 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Shapiin, Mohd. Nor UNSPECIFIED |
Subjects: | S Agriculture > S Agriculture (General) > Agriculture and the environment S Agriculture > SB Plant culture > Field crops > Grain. Cereals |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies |
Programme: | Bachelor of Administrative Science (Hons) |
Keywords: | Projek kilang padi, keperluan harian, pertubuhan peladang |
Date: | 1996 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69650 |
Download
69650.pdf
Download (874kB)