Selamatkah makanan laut? / Dr Nurliyana Mohamad

Mohamad, Nurliyana (2022) Selamatkah makanan laut? / Dr Nurliyana Mohamad. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869

Abstract

Makanan laut merupakan antara sumber protein utama dalam diet manusia. Rakyat Malaysia adalah antara pengguna ikan terbanyak di dunia. Dengan populasi lebih 32 juta penduduk, kadar penggunaan ikan di Malaysia telah meningkat kepada 59 kg per kapita pada 2016 (FAO, 2020). Pengambilan makanan laut adalah penting untuk diet yang sihat dan seimbang. Bagaimanapun, pengguna ikan terdedah kepada risiko mendapat penyakit daripada makanan laut. Di habitat asal, hidupan laut sentiasa terdedah kepada pelbagai jenis patogen seperti virus, bakteria dan kulat. Patogen-patogen ini boleh menyebabkan penyakit kepada hidupan laut yang membawa kepada morbiditi (keadaan yang tidak sihat) dan juga kematian. Morbiditi dan kematian hidupan laut yang diternak akan mengakibatkan kerugian masa dan wang ringgit yang besar kepada penternak. Selain daripada mengakibatkan kematian ternakan laut dan kerugian ekonomi kepada penternak dan negara, sesetengah patogen hidupan laut juga bersifat zonosis. Zoonosis adalah penyakit yang boleh menular daripada haiwan kepada manusia atau manusia kepada haiwan. Penyakit zoonosis ini boleh membawa kepada penyakit ringan dan juga serius yang boleh mengakibatkan kematian manusia.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamad, Nurliyana
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Keywords: makanan laut, protein, diet
Date: September 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69644
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 69644.pdf] Text
69644.pdf

Download (847kB)

ID Number

69644

Indexing

Statistic

Statistic details