Pediculosis capitis di kalangan kanak-kanak kurang bernasib baik / Dr Aida Syafinaz Mokhtar

Mokhtar, Aida Syafinaz (2022) Pediculosis capitis di kalangan kanak-kanak kurang bernasib baik / Dr Aida Syafinaz Mokhtar. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869

Abstract

Jangkitan kutu kepala atau lebih dikenali dengan istilah pediculosis capitis adalah penyakit yang dikaitkan dengan kemiskinan terutamanya di negara membangun termasuk Malaysia. Pediculus capitis adalah infestasi kulit kepala oleh sejenis kutu manusia atau nama saintifiknya Pediculus humanus capitis. Bersaiz kecil (2.1 hingga 3.3 mm), tidak bersayap dan hidup di atas kulit kepala manusia. Ektoparasit ini menghisap darah manusia sebagai perumah, sebagai satu-satunya sumber nutrisi untuk hidup. Kitaran hidup P. h. capitis melibatkan tiga peringkat; (i) telur; yang mengambil masa enam hingga sembilan hari untuk menetas, (ii) tiga peringkat nimfa, dan (iii) dewasa yang boleh hidup sehingga 27 hari di atas kepala perumah. Diagnosis pediculosis capitis dibuat dengan mengenalpasti kutu dewasa, nimfa atau telur yang hidup, dan diagnosis adalah muktamad apabila kutu dilihat merayap di sepanjang rambut, atau disikat keluar daripada kulit kepala.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mokhtar, Aida Syafinaz
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
P Language and Literature > PN Literature (General)
R Medicine > RA Public aspects of medicine
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Keywords: Pediculosis capitis, kanak-kanak, Ektoparasit
Date: September 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69637
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 69637.pdf] Text
69637.pdf

Download (760kB)

ID Number

69637

Indexing

Statistic

Statistic details