Abstract
Kadar kemalangan jalanraya di Malaysia amat membimbangkan. Biarpun dengan usaha yang berterusan, dikaji dari perangkaan kecelakaan yang kian meningkat, kemalangan jalanraya masih merupakan punca utama kematian, kecederaan dan juga kehilangan harta benda. Sungguhpun matlamat penguatkuasaan undang-undang adalah bertujuan untuk mengurangkan kadar kematian sebanyak 30% menjelang tahun 2000, pertambahan bilangan kenderaan di jalanraya merupakan faktor utama menghalang tercapainya objektif tersebut. Mendidik pengguna jalanraya agar lebih peka terhadap keselamatan jalanraya masih menjadi strategi utama pelbagai jabatan kerajaan dan agensi untuk membendung masalah ini. Ke arah matlamat itu, semua agensi berkenaan melipatgandakan penguatkuasaan undang-undang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti bertujuan menyemai rasa tanggungjawab dan kesedaran melalui kempen serta denda yang lebih tinggi terhadap mereka yang melanggar undang-undang dan peraturan lalulintas. Kajian ini akan membantu mengenalpasti bahawa kecelakaan jalanraya adalah salah satu, kalau pun tidak penyebab utama kematian di negara ini. Adalah diharapkan perbincangan yang diunjurkan akan membantu menjana ide-ide untuk mencari kaedah-kaedah dalam meningkatkan tahap keselamatan di jalanraya di negara ini.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Yunus, Faizulhalimi 94796917 Abdul Hamid, Shaharul Nizam UNSPECIFIED Mohd Rashid, Mohd Noor UNSPECIFIED Abu Hassan, Azmi UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Mohd Harun, Mohd Fauzi UNSPECIFIED |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Customs relative to transportation and travel |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak |
Programme: | Diploma |
Keywords: | motorsikal, jalanraya, kemalangan |
Date: | 1999 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69629 |
Download
69629.pdf
Download (136kB)