Pelaksanaan agro-pelancongan di Muzium Padi Alor Setar, Kedah dan pengaruhnya terhadap sektor pelancongan / Mohamad Amirul Afif Mohamad Ashri

Mohamad Ashri, Mohamad Amirul Afif (2013) Pelaksanaan agro-pelancongan di Muzium Padi Alor Setar, Kedah dan pengaruhnya terhadap sektor pelancongan / Mohamad Amirul Afif Mohamad Ashri. [Student Project] (Submitted)

Abstract

Kajian akhir yang dijalankan ini adalah bertajuk, "Pelaksanaan Agro-Pelancongan di Muzium Padi Alor Setar, Kedah dan Pengaruhnya Terhadap Sektor Pelancongan" merupakan satu kajian yang mengkaji tentang pelaksanaan agro-pelancongan di Muzium Padi, Alor Setar, Kedah. Tumpuan utama kajian ini dilakukan dengan menemubual pihak pentadbiran dan pihak-pihak yang terlibat. Disamping itu juga, bagi mendapatkan maklumbalas daripada pengunjung dan penduduk tempatan, soalselidik turut dijalankan. Selain itu, perubahan-perubahan yang berlaku terhadap pembangunan pelancongan di kawasan kajian memberi banyak peluang kepada penduduk tempatan untuk sama-sama terlibat dengan pelancongan 'agrotourism' ini. Muzium Padi dipilih sebagai salah satu kawasan kajian kerana ia merupakan satu kawasan pelancongan yang mampu menarik orang ramai untuk berkunjung. Konsep muzium yang menyimpan peralatan tradisional penanaman padi telah memberi satu daya tarikan pelancongan berbentuk Muzium ini. Dalam menjayakan kajian ini, beberapa kaedah telah digunakan bagi pengumpulan maklumat antaranya kaedah pengamatan, temubual dan soalselidik. Bagi kaedah soalselidik, sebanyak 100 sampel telah disediakan, 50 sampel adalah untuk pengunjung dan 50 lagi untuk penduduk yang tinggal berdekatan dengan Muzium Padi iaitu 25 bagi penduduk Kampung Sematang Gunung dan 25 lagi adalah untuk Kampung Gunung Hilir. Sampel-sampel ini dipilih untuk melihat pandangan pengunjung terhadap Muzium Padi dan sejauh mana penglibatan dan kesedaran penduduk kampung terhadap pelancongan 'agrotourism' ini. Penyediaan sampel ini juga adalah bertujuan untuk mengatasi masalah yang timbul dalam melaksanakan pelancongan 'agrotourism' ini. Hasil daripada analisis yang dibuat, kehadiran pelancong tempatan dan luar negara akan bertambah. Begitu juga dengan penduduk kampung akan mencuburi diri dalam pelancongan 'agrotourism' ini di masa hadapan.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamad Ashri, Mohamad Amirul Afif
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Abd. Shukor, Idrus
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > Museums (General). Collectors and collecting (General)
G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel. Voyages and travels (General) > Agritourism
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah
Keywords: Agro pelancongan, Muzum Padi, Kedah
Date: 2013
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69599
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 69599.pdf] Text
69599.pdf

Download (196kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

69599

Indexing

Statistic

Statistic details