Abstract
Bengkel Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC) telah diadakan pada 1 Disember 2020 secara maya melalui platform google meet. Bengkel anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Negeri (JKKPN) UiTM Cawangan Pulau Pinang ini telah dihadiri oleh staf yang terlibat dengan pengurusan makmal dari Fakulti Farmasi, Fakulti Sains Kesihatan dan Jabatan Sains Gunaan. 4 orang staf Jabatan Sains Gunaan terlibat dengan bengkel kali ini. Bengkel HIRARC ini telah dikendalikan oleh Ts Mohd Rafe Abdul Majid dari Fakulti Kejuruteraan Awam. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman staf makmal berkenaan pengenalpastian hazad, penaksiran risiko dan kawalan risiko yang perlu diambil di makmal. Bengkel ini juga bertujuan untuk memantapkan lagi pengurusan hazad dan kawalan risiko di makmal UiTM Cawangan Pulau Pinang. Fokus utama bengkel kali ini adalah penyediaan dokumen HIRARC untu setiap makmal. Beberapa topik penting telah dibincangkan pada bengkel kali ini antaranya pengenalan kepada HIRARC, pengenalpastian hazad dan kawalan risiko. Taklimat berkenaan kaedah penyediaan dokumen HIRARC turut disampaikan pada sesi ini.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Wahab, Nor Aimi UNSPECIFIED Hasan, Suhaiza UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Jumidali, Mohd Muzafa UNSPECIFIED Chief Editor Mohd Yusoff, Mohd Zaki UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA L Education > LG Individual institutions > Asia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin Jabatan Sains Gunaan |
ISSN: | 2289-8964 |
Keywords: | Buletin, Jabatan Sains Gunaan, UiTM |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69533 |