Penasihat Akademik bersama pelajar PPT / Mohd Haris Ridzuan Ooi Abdullah

Abdullah, Mohd Haris Ridzuan Ooi (2021) Penasihat Akademik bersama pelajar PPT / Mohd Haris Ridzuan Ooi Abdullah. Bulletin. Jabatan Sains Gunaan.
Identification Number (DOI): Bil 01
Abstract

Seramai 17 orang pensyarah Jabatan Sains Gunaan (JSG) telah menawarkan diri sebagai Penasihat Akademik (PA) kepada pelajar program Pra Pendidikan Tinggi (PPT) bagi sesi September 2020 - Februari 2021. Seperti semester-semester sebelumnya, satu perjumpaan PA bersama dengan pelajar program PPT akan diadakan sebelum minggu perkuliahan bermula. Walau bagaimanapun, berikutan dengan perkembangan semasa wabak Covid-19, perjumpaan pada sesi ini terpaksa diadakan secara norma baru, yakni secara atas talian. Sesi perjumpaan ini telah berlangsung pada 5 Oktober 2020 yang lalu dari pukul 2.30 petang sehingga 4.30 petang menggunakan platform atas talian seperti Google Meet. Para pensyarah telah memberi motivasi serta berkongsi kaedah pembelajaran yang berkesan dan kemahiran pengurusan masa dengan pelajar-pelajar di bawah seliaan masing-masing. Jadual berikut adalah senarai pensyarah JSG yang telah dilantik sebagai PA kepada pelajar program PPT bagi sesi ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 69520.pdf]
Text
69520.pdf
Download (166kB)
Indexing & Metrics