Abstract
Seramai 17 orang pensyarah Jabatan Sains Gunaan (JSG) telah menawarkan diri sebagai Penasihat Akademik (PA) kepada pelajar program Pra Pendidikan Tinggi (PPT) bagi sesi September 2020 - Februari 2021. Seperti semester-semester sebelumnya, satu perjumpaan PA bersama dengan pelajar program PPT akan diadakan sebelum minggu perkuliahan bermula. Walau bagaimanapun, berikutan dengan perkembangan semasa wabak Covid-19, perjumpaan pada sesi ini terpaksa diadakan secara norma baru, yakni secara atas talian. Sesi perjumpaan ini telah berlangsung pada 5 Oktober 2020 yang lalu dari pukul 2.30 petang sehingga 4.30 petang menggunakan platform atas talian seperti Google Meet. Para pensyarah telah memberi motivasi serta berkongsi kaedah pembelajaran yang berkesan dan kemahiran pengurusan masa dengan pelajar-pelajar di bawah seliaan masing-masing. Jadual berikut adalah senarai pensyarah JSG yang telah dilantik sebagai PA kepada pelajar program PPT bagi sesi ini.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Mohd Haris Ridzuan Ooi UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Jumidali, Mohd Muzafa UNSPECIFIED Chief Editor Mohd Yusoff, Mohd Zaki UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA L Education > LG Individual institutions > Asia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin Jabatan Sains Gunaan |
ISSN: | 2289-8964 |
Keywords: | Buletin, Jabatan Sains Gunaan, UiTM |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69520 |