Abstract
Dengan keahlian majoritinya daripada pensyarah JSG, kumpulan di bawah pimpinan Tuan Haji Mohd Sukor Md Yusoff berjaya mendapatkan kepercayaan daripada Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menganjurkan Bengkel Training of Trainer (ToT) dan Audit Akses dalam Persekitaran Alam Bina di Pulau Pinang Tahun 2019. Projek yang bernilai RM 35,500 tersebut mengambil masa enam (6) bulan untuk disempurnakan. Di antara penerima-penerima projek perundingan tersebut ialah Dr. Ainorkhilah Mahmood, Prof Madya Dr. Aziyah Bakhari, Puan Intan Syaffinazzilla Zaine dan Puan Nur Maizatul Azra Mukhtar (Jadual 1). Jadual di bawah menunjukkan butiran lengkap projek perundingan tersebut. Sebanyak 30% ke atas baki projek telah disumbangkan ke pihak UiTM. Sebagai simbolik kepada penutupan projek, Rektor UiTMCPP telah berbesar hati untuk menerima pelaporan projek perundingan tersebut daripada pengarah projek di majlis serba ringkas pada 9 September 2020 seperti gambar- gambar yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Semoga projek ini menjadi pemangkin untuk JSG mendapatkan projek-projek perundingan yang seterusnya pada tahun 2021.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Hamid, Haslinda UNSPECIFIED Mahmood, Ainorkhilah UNSPECIFIED Zaine, Intan Syaffinazzilla UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Jumidali, Mohd Muzafa UNSPECIFIED Chief Editor Mohd Yusoff, Mohd Zaki UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA L Education > LG Individual institutions > Asia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin Jabatan Sains Gunaan |
ISSN: | 2289-8964 |
Keywords: | Buletin, Jabatan Sains Gunaan, UiTM |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69507 |