Abstract
Unit e-pembelajaran UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan e-Learning Day pada 27 Februari 2020 bertempat di Bilik Perdana 1 dan Laman Perdana. Aktiviti tersebut telah dijalankan sepanjang hari, bermula dengan taklimat bertajuk “Edu 5.0 dalam i-Learn” dan seterusnya diikuti dengan pertandingan MOOC (Massive Open Online Course) di kalangan para pensyarah UiTM Cawangan Pulau Pinang. Tiga kumpulan pensyarah yang masing-masing terlibat dalam penyediaan 'MOOC' bagi kod kursus CHM141, ENV112 dan PHY125 telah turut serta dalam pertandingan yang diadakan. Di antara kod kursus MOOC yang mengambil bahagian adalah kod CHM141 (diketuai oleh ChM Marina Mokhtar), ENV112 (diketuai oleh Puan Nurul Izza Husin) dan PHY145 (diketuai oleh Encik Sharaf Ahmad). Sesuatu yang membanggakan warga JSG apabila MOOC CHM112, yang diketuai oleh Puan Nurul Izza Husin diumumkan sebagai johan keseluruhan. Kegembiraan berganda dapat dirasai apabila MOOC CHM141 yang diketuai oleh Puan ChM Marina Mokhtar meraih tempat kedua. Walaupuan MOOC PHY125 yang diketuai oleh Encik Sharaf Ahmad tidak mendapat sebarang tempat,namun sumbangan bahan bagi MOOC kod kursus tersebut telah dapat dimanfaatkan oleh para pelajar.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Ainnie Rahayu UNSPECIFIED Md Zin, Azrinawati UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Jumidali, Mohd Muzafa UNSPECIFIED Chief Editor Mohd Yusoff, Mohd Zaki UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA L Education > LG Individual institutions > Asia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin Jabatan Sains Gunaan |
ISSN: | 2289-8964 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 6-7 |
Keywords: | Buletin, Jabatan Sains Gunaan, UiTM |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69482 |